Thursday 23 May 2013

Petua Berhenti Merokok

1. Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.

2. Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

3. Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.

4. Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

5. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.

6. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.

7. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula berpudina dan buah-buahan. Elakkan yang manis.

8. Membasuh tangan selalu jika teringin merokok.

9. Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

10. Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.

11. Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.

Tanda - Tanda Malam Lailatul Qadar


Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
  • Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
  • Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
  • Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
  • Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
  • Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
 Tanda malam qadar ialah :
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  • Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Saturday 18 May 2013

5 Tanda Perempuan Yang Baik Maruahnya Untuk Dikahwini

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah S.W.T.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah S.W.T.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami,melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami. 


Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulen maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah S.A.W. sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah S.W.T. yang besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a :

“Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya.”

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah S.A.W. :

“Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya.”

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalakkan berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :

“Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal.”

Rasulullah S.A.W. menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda. Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya.”

Rasulullah S.A.W. menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri. Rasulullah S.A.W., begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda Baginda S.A.W. :

“Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti.”

Begitulah penekanan Rasulullah S.A.W. ke atas umatnya,baginda bangga dengan umat yang ramai kerana disitulah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama,memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :

“Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya,dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan.”

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimanapun, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman.”

“Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.”

Petua Melayan Suami Untuk Mengelakkannya Kahwin Lain


1. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

2. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

3. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya.

4. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bergurau senda. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah S.W.T.