Bagi
mendapatkan kesihatan yang optimum, satu kajian terkini mencadangkan supaya anda
perlu berdiri lebih lama!.Ini berikutan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan
penyelidik Australia itu mendapati, individu yang menghabiskan masa selama 11
jam atau lebih untuk duduk setiap hari memiliki 40 peratus risiko meninggal
dunia lebih awal, tidak kira betapa aktifnya mereka sebelum
ini.
Kajian yang dilakukan dengan mengumpul data daripada 222,000 responden berusia 45 tahun ke atas itu juga mendapati, mereka yang duduk antara lapan jam dan 11 jam setiap hari juga meningkatkan risiko kematian sehingga 15 peratus.
"Kebanyakan
bukti sebelum ini lebih kepada risiko kesihatan akibat menonton televisyen
terlalu lama," kata Penyelidik Kanan Universiti Sydney, Hidde van der
Ploeg.
Beliau
berkata, secara purata individu dewasa menghabiskan 90 peratus waktu lapang
mereka dengan duduk dan kurang daripada separuh memenuhi saranan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) supaya melakukan aktiviti fizikal sederhana selama
sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.
Sebanyak 62 peratus responden berkata, mereka mengalami obesiti, sementara hampir 87 peratus lagi berkata, kesihatan mereka berada di tahap optimum, manakala 25 peratus lagi berkata, menghabiskan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk duduk.
Kata
van der Ploeg, responden tidak aktif yang duduk dengan banyak menggandakan
risiko kematian awal dalam tempoh tiga tahun berbanding mereka yang kurang
duduk.
Sementara
itu, Pengarah Penyakit Jantung dan Wanita Hospital Lenox Hill di New York,
Amerika Syarikat, Dr. Suzanne Steinbaum berkata, disebabkan kebanyakan individu
duduk dalam tempoh yang panjang ketika bekerja, mereka patut melakukan aktiviti
seperti meregang, berjalan atau berdiri
sekali-sekala.
"Mungkin
anda tiada pilihan ketika waktu kerja. Namun, apabila pulang ke rumah, pastikan
anda tidak terus duduk menghadap televisyen atau komputer."Selepas lapan jam
duduk, risiko kesihatan semakin meningkat. Banyakkan bergerak ketika masa
lapang," katanya.
No comments:
Post a Comment