Anak-anak
yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan
menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi
melawan kanser.
Bahkan
ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya
dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin
Tubuh
memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan
melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah
pertumbuhannya.
Prof.
Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan
“Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera
mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin
menurun”.
Jumlah
anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun
terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit
ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah
persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London
menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu
waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu
waktu tidur.
Hal
ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9
malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang
yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena
kanser payudara.
Pada
kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki
risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan
untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika
anak-anaknya takut pada kegelapan.
Maha
suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya
gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat
bekerja di siang hari.
Begitulah
fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan
hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu
yang mana engkau dustakan. Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment