MATEORIT
Mateorit
yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan
paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter
lebar dengan jumlah berat 60 tan.
MOTOR
ELEKTRIK
Motor
elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala
jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi
13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.
UKURAN
RED KANGAROO
Ukuran
red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga
2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu
lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam.
LOGAM
OSMIUM
Logam
osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat
daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat
2.4 kilogram.
KERETA
API PENUMPANG
Kereta
api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di
Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif
elektrik dan seberat 2,786 tan.
KELAJUAN
MAKSIMUM
Kelajuan
maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas
pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat
penumpang paling laju di dunia.
No comments:
Post a Comment