1. Air minum suami
hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak
sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.
Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa
kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam
ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli
makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.
2. Hendaklah
memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka
makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam
pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah
pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana
meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya
sedangkan isteri tidak menggemarinya.
3. Apabila pakaian
suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan
secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan
dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri
samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya
dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya.
4. Sentiasa berada
di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri
hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk
bergurau senda. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga
merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment