Menonton TV Jejas Sperma lelaki - London : Pemuda yang
menonton televisyen cuma tiga jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma
sehingga separuh.
Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas
kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.
Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada
orang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam
Journal of Sports Medicine di sini.
Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan
kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk lama.
Lelaki yang mahu memiliki anak kini
digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan
penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan.
Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum
Harvard (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu
memiliki kadar sperma 44 peratus lebih rendah berbanding mereka yang hampir
tidak menonton televisyen langsung.
Lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih
seminggu pada kadar sederhana dan kuat memiliki bilangan sperma 73 peratus
lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai lima jam seminggu.
Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma
No comments:
Post a Comment