Penggemar
makanan segera perlu lebih berwaspada selepas ini apabila satu kajian terbaru
mendedahkan, tabiat suka makan makanan itu boleh meningkatkan tahap kemurungan
lebih 50 peratus.
Kajian
oleh saintis dari Sepanyol itu menunjukkan mereka yang gemar makan makanan
ringan seperti burger, hotdog dan piza lebih terdedah untuk mengalami masalah
kemurungan sehingga 51 peratus berbanding mereka yang hanya makan sedikit atau
pun tidak makan langsung.
''Lebih
banyak kita makan makanan segera, lebih besar peluang kita berdepan masalah
kegemukan,'' kata Almudena Sanchez-Villegas yang mengetuai kajian
itu.
Kajian
yang dijalankan oleh Universiti Las Palmas de Gran Canaria and Granada, Sepanyol
itu kemudiannya diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan Kesihatan
Awam.
Selain
masalah kesihatan, mereka yang gemar makan makanan segera juga lebih cenderung
untuk kekal bujang dan kurang aktif.
Sampel
di bawah projek SUN (Program Mengesan Gaya Hidup dan Diet, Universiti Navarra)
itu terdiri daripada seramai 8,964 peserta yang tidak pernah menjalani ujian
kemurungan atau mengambil ubat anti kemurungan.
Mereka
telah dinilai selama enam bulan dan 493 daripada mereka dikesan mengalami
kemurungan atau mula mengambil ubat anti kemurungan
No comments:
Post a Comment